Majlis Buka Puasa Bersama Warga Emas
15 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada 14 Julai 2015, pihak pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia Kg Surau bersama-sama pengurusan Pusat Internet 1 Malaysia sekitar Perlis telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama warga emas. Majlis dijalankan di dewan Komplek Penyayang Tun Siti Hasmah dan berlangsung dari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam. Tujuan majlis ini dianjurkan adalah untuk merapatkan silaturrahim bersama warga emas serta memberi sedikit sumbangan kepada mereka. Majlis ini dilihat penting bagi memupuk sikap tolong menolong dikalangan staf yang terlibat dan memberi peluang untuk mereka beramah mesra dengan komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: